Friday 7 December 2012

Perihal berkenaan jodoh


Suka ilah nak rumuskan apa yang ilah dapat daripada seorang ustaz (aiyookk...tak kenal nama pulak..hehe) dalam program Al-Hidayah petang tadi... =P



Sebenarnya ada 3 jenis jodoh yang telah ditentukan oleh Allah untuk hambanya iaitu:
  1. jodoh yang cepat maksudnya dia cepat bertemu dengan jodohnya
  2. jodoh yang lambat
  3. jodoh yang Allah tangguh di dunia maksudnya dia akan bertemu hanya di akhirat.
Namun, walau apapon jenis jodoh kita, kita perlulah redha kerana itulah yang terbaik untuk kita.. :)

Ustaz juga ada berikan cara-cara untuk kita dipercepatkan jodoh iaitu :

Luaskan pergaulan kita. Maksudnya di sini, kita perlu berkawan. Kalau kita asyik menghadap komputer saja dan tak bergaul, macam mana kita nak bertemu jodoh kan? Ada yang kata "ustaz, saya malu lah, saya tak pandai bercakap". Sangat mustahil kalau kita kata kita tak pandai bercakap sebabnya ulat pon boleh berkahwin masakan manusia..hahaha..

Minta pertolongan orang tengah. Haa, kadang-kadang kita terlalu malu atau kurang kawan, kita boleh usaha dengan meminta pertolongan orang tengah untuk mencari calon yang sesuai. Seterusnya boleh lah kita mula berkenal-kenalan. Tapi jangan malu. =P

Janganlah mencari kesempurnaan. Kesempurnaan itu hanya milik Allah. Tiada satu pun di muka bumi ini yang sempurna. Manusia hanya menuju kesempurnaan tapi masih tak dapat menjadi seorang yang sempurna. Setiap orang ada kelemahan masing-masing. Sebab itulah Allah pilih jodoh kita nih berbeza dengan kita. Ibaratnya, bila kita tengok cermin, kita angkat tangan kiri tapi dalam cermin kita nampak diri kita angkat tangan kanan (reflection gitu.. ). Sangat jarang pasangan yang sama jer. Contohnya kalau si isteri tu jenis banyak cakap, si suami pon banyak juga cakap. Selalunya kalau si isteri tu banyak cakap, mesti si suami tu jenis pendiam sedikit...haa..sebab apa?? sebab Allah tentukan untuk saling melengkapi dan masing-masing tidak sempurna.



Dalam bab mencari jodoh nih, ada satu formula dipanggil D.U.I.T :

D = Doa. Kita perlu banyak berdoa. Ada beberapa surah yang boleh kita amalkan seperti surah Al-Anbiya ayat 89 dan surah al-Furqan ayat 74. 







Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Zakaria, ketika dia merayu kepada Tuhannya dengan berkata: Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat) dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi. (Surah al-anbiya, ayat 89)
 




Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa. (Surah A; Furqan, ayat 74)

U = Usaha. Kalau kita hanya berdoa tapi tak berusaha Allah nak bagi ka?? Allah takkan ubah nasib seseorang jika dia sendiri tidak mengubah nasibnya. Macam mana nak usaha?? Usaha nih meliputi balik apa yang kita bincangkan tadi dari segi meluaskan pergaulan dengan batas tertentu atau meminta tolong orang tengah.


I = Ikhtiar. Apa beza usaha dan ikhtiar? Kita sudah berusaha untuk berkawan dengan semua orang. Tapi kita perlu iktiar untuk memilih seorang sahaja daripada semua. Ibaratnya kalau kita sakit, kita pasti akan mencari banyak ubat kan. Tetapi, kita perlu ikhtiar untuk memilih hanya satu jenis ubat saya yang terbaik supaya kita boleh bergantung kepadanya.

T = Tawakal. Kita dah berdoa, dah berusaha dan dah berikhtiar, kita perlulah tawakal kepadaNya. Kita dah buat yang sehabis mungkin dan biarlah Allah yang menentukan perjalanan hidup kita kemudian hari...redha dengan ketentuanNya..

Semoga dipermudahkan..wallahualam.. :)



 
sweet kan?? Rugilah orang yang tercicir cinta Allah kerana sibuk mengejar cinta manusia. Jodoh Allah itu rahsia dan itulah yang sebaik-baiknya..

4 comments:

  1. Replies
    1. Walaikumusalam...thanks for the compliment. really appreciated that.. :) i am a new blogger...feel free to leave your comment or follow if necessary...

      nice meeting you here.. :)

      Delete
  2. i'm watched dat progrm too..
    mga Allah pmudahkan urusan jodoh
    dikurniakan qurratun a'yun
    =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulilah....
      trima kasih sahabat atas doa.. =)
      sama-samalah kita..
      i'm looking forward for this..
      miss you!! <3

      Delete

What do you wanna say??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...