Friday 28 December 2012

Mereka sensitif..ingat tuh..


Mereka sangat sensitif...sapa yang sensitif?

Merekalah ibu bapa kita...

Masa kecik-kecik dulu, mungkin kita rasa ibu bapa kita kurang sensitif..tapi..bila dah meningkat dewasa, rasa sensitif tu makin menebal..setuju tak?

SANGAT SETUJU!!

Bila kecik-kecik dulu, ibu bapa banyak memainkan peranan untuk membesarkan dan mendidik kita. Tahun demi tahun mereka sendiri melihat kita semakin meningkat dewasa... =)

Ilah teringat perbualan ilah dengan mak ilah tempoh hari,

"mak rasa, kejap jah nabilah (mak panggil nama penuh, hak3) dah besar..rasa macam baru jah"

Sekejap saja...sekejap saja..a'ah...betul..terasa sekejap saja...
sejak dari lepas SPM, then masuk matrik kejap, then masuk maktab....rasa memang cepat sangat masa berlalu..dan ilah pon bakal mula bekerja... I keep recalling all those sweet memories jadi adik2..hahaha... >.<

Tapi, bila kita makin meningkat dewasa, ibu bapa dah kurang memainkan peranan untuk membesarkan kita sebabnya kita sudah boleh mula berdikari dan tak perlu lagi mereka memimpin tangan kita..peranan mereka lebih banyak kepada memberi nasihat dan teguran..kan3? 

Jadi, hubungan ibu bapa dan anak tuh secara neutralnya akan menjadi sedikit jauh berbanding waktu kecik-kecik dulu... sangat jarang seorang anak,  24 hours dengan ibu bapa, or masih lagi duduk terperap dalam rumah, tak keluar kemana-mana dengan kawan-kawan atau at least sekali tinggal berjauhan dengan ibu bapa...sangat jarang...

So, tidak hairanlah kalau ibu bapa cenderung untuk memiliki perasaan sensitif tuh..ibu bapa selalu membayangkan kalau mereka bakal tinggal sendirian di rumah tanpa ketiadaan anak-anak...lonely..tiada kawan mahu bersembang, teman shopping, tolong mesin rumput, bercucuk tanam..etc..

Mereka sensitif you know.... kalau u skali skala balik..balik pon asyik terperam dalam bilik dgn facebook, balik pon satgi kuar balik ada janji dengan membe... balik pon asyik nak tidoq saja... o.O apa kah itu? 

Mereka memang takkan suarakan perasaan tersebut...tak akan....tapi..insyaAllah..anak yang baik, dia akan faham...

Kalau ibu boleh pergi ke pasar pagi2 lagi sebab nak siapkan makanan untuk kita, kalau bapa boleh abaikan waktu rehatnya untuk datang ambil kita di stesen bas...kenapa kita tak boleh luangkan masa sedikit dengan mereka??

Sometimes we  are so busy growing up...with our study, our work, our own family if we have got married...we often forget they are also growing old...

Love your family....love your parent more.. =)

p/s : teringat abah...seorang yang sangat caring di dunia ini..even he was sick before....but he denied that...and his children are always the first... al-fatihah... =)
 "Abah"...nak pangil sekali lagi...insyaAllah...


Sunday 23 December 2012

Nasyeed


Alhamdulilah...lepas mencari dan mencari..jumpa jugak video nih.... I loike!! jom sama2 kita berselawat... =)

Al- Mawlid- Cahaya seluruh alam


Friday 21 December 2012

Sentiasa tak faham....


Hahaha..ilah tak faham..ada juga orang yang selalu tak senang hati dengan kesenangan orang lain.. haa, sapa like angkat kening pliss...

Itu normal kan? Bukan semua orang boleh tengok orang lain senang...seyesly. Tak percaya?

Pernah terdetik,  kenapa aku tak kaya macam dia? Boleh pakai kereta hebat...mesti dia buat business besar2 nih.. makan rasuah pa...

Pernah terdetik, kenapa dia cantik sangat?? Pakai susuk pa..haisshh...aku tak cantik macam dia, dia putih, aku hitam.

Pernah terdetik, kenapa dia pandai sangat? Dia guna jin pa? Dia tiru dalam tandas pa?

Pernah?? Pernah?? Haa..cuba ingat balik... =P

iskh3...plis lah..jangan la suka bersangka buruk pada orang....dan yang paling penting, jangan la jadi macam orang kata "busuk hati" dengan orang lain. Dia dapat, itu rezeki dia. Rezeki awak tuh...usaha, cari dulu...

wallahualam..

p/s: bahasa agak kasar nmpk admin, haihh,, marah ka? peace yo!


Cartoons Comments Pictures

Wednesday 19 December 2012

Peaceful mind...alhamdulilah...


Just wanna say..alhamdulilah... ^_^

Many things happened in my life today...however those things were settled, successfully. Thus, put my heart in peace. 

Alhamdulilah...

Sometimes, we might have some bad expectations on others. They did not notice that but we did. We were controlled by our anger and jealousy. We seem to put the problem on mind until we got stressed. Is this how we manage our problem? Allah created a problem for us to solve. He wanna see how far can we solve the problem. 

Getting bored with the problem and continue to live and going bananas by showing those kind of anger and stress?? please..don't be pathetic...  Nope!! 

In fact, He is testing us....
Trust me, there will be a day that He will reveal everything...

Yes...today Allah is giving me a test. Then, He revealed everything and put my mind in ease...Alhamdulilah... as saying goes around...

LIFE IS A DRAMA...YOU ARE THE ACTOR...PLAY YOU ROLE WELL!! 





Korean


okeh..rini suka ilah nak share lagu terbaru TVXQ, kumpulan kpop pertama yang ilah kenal apabila mula terjebak dengan kpop..

Dulu nih, aih..mmng angau kejap la dengan TVXQ nih...siap sruh kwn burn lg CD diorng (xdak duit nk beli CD ori kan..sob2)

okeh..jom2 dengar lagu nih..

TVXQ - I swear


Tuesday 18 December 2012

Happy Birtday Mak!!


SubhanaAllah...ilah dah ingat..tapi lupa nk update dlm blog...haisshh....camnilah...18 disember 2012, sempena ulang tahun kelahiran bonda tercinta...anakanda nak tujukan khas ucapan ini pada mak (errm..even dah tau mak takkan bukak blog nih..hak3)

Ikhlas ilah ucapkan,Happy Birthday mak..sayang mak sesangat...even ilah selalu bagi mak stress dan risau...haisshh....


Tahun lepas ilah bg pokok bunga kat mak, sebab mak jenis green hand kan..ermm..tahun nih?? haaaaaa.... 





Puding roti epal


Sebenarnya ini bukan resepi originally from ilah. Tapi dari Chef Wan.. just ilah edit2 skit saja..

ilah dah try buat..alhamdulilah..lumayan...rasa dia macam errm....nak kata mcm bengkang, dia tak sticky sangat, nak kata mcam puding, dia tak guna agar2 atau corn starch...haa...xpa...jangan pening, meh try dulu... ^_^

Bahan-bahan: (untuk hidangan 6-8 orang makan)

4 biji epal
80 gram mentega
1 sudu besar gula
4 keping roti wholemeal atau lebih (ilah amik roti lebih yang buat aiskrim goreng tuh)
1/4 cawan kismis
2 biji telur
2 cawan susu
2/3 gula halus (castor)
2 sudu teh esen vanilla (kalau ada)

Cara-Cara:


  1. Kupas, buang empulur dan potong epal menjadi dadu besar. Cairkan 80 gram mentega di dalam kuali. Masukkan epal , taburkan 1 sudu gula. Masak epal di atas api sederhana selama kira-kira 10 minit sambil kacau selalu.
  2. Buang kulit roti (kalau rajin, tapi tak dak effect pon) dan potong menjadi dadu setiap satu. Gris acuan pembakar dengan mentega (acuan nih sedang2 jer okey, sebab kita buat skit aja, nanti jadi leper sngt pulak)  
  3. Campur roti, kismis, epal dan cecair daripada memasak epal di dalam acuan pembakar.
  4. Di dalm mangkuk lain, pukul sedikit telur, susu, gula castor dan esen vanila. Tuangkan ke atas campuran roti dan epa.
  5. Letak acuan pembakar di dalam periuk cetek yang berisi air (asal tenggelam ok dah, jgn bnyk sngt). Bakar selama lebih kurang 40 minit hingga 1 jam pada suhu 180 celsius sehingga puding masak.

selamat mencuba!!





Aiskrim goreng


Beberapa minggu yang lepas ilah penah try buat aiskrim goreng (gara-gara terliur dgn gambo di facebook,,erkhhh) so, ilah cuba search dan buat sendiri.mudah sangat rupanya...haisshh... sekelip mata aja..okeh..ni resepi yang ilah rujuk...kawan-kawan patut cuba!! ^_^

buh gambo besor bagi terliur...wawawawa


Bahan-bahan ( hidangan 5 bij- kalau nak lebih tambah sendiri naa )

  • 10 keping roti
  • 5 scope aiskrim (apa2 perisa)
  • Plastik wraping ( untuk balut roti) -ilah guna plastik biasa aje
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara

  1. Lembabkan roti dengan air ( ilah xlembabkan pon...biasa aja )
  2. Skopkan aiskrim ke atas roti.
  3. Tutupkan aiskrim dgn sekeping roti lagi
  4. Tekan acuan telur yang bulat tu supaya roti terputus (Pastikan roti bercantum supaya aiskrim tidak meleleh keluar)- ilah ambil tupperware air tuh,then tekapkan kuat2, jadi bentuk bulat macam dalam gambar tuh)
  5. Balut dengan plastik pembalut dan simpan dalam frezeer selama 3jam atau semalaman - buh aja dalam plastik.
  6. Keluarkan dari tempat pembeku dan goreng dalam minyak yang panas hingga kuning keemasan. (jgn goreng lama2 tau, ilah buka api kuat skit, biar panas, cepat skit tukar warna, minyak xserap bnyk..hehe)

p/s: sisa roti jgn buang, buleh buat puding roti pulak..haha...jom2!!!

Selamat mencuba!!

credits to Myresepi.com


Yong Tau Fu


Alhamdulilah...ada jugak post baharu untuk Recipe.. smua atas permintaan seorang teman..

okeh, hari nih nak kongsi resepi untuk buat Yong Tau Fu..hmm..nyum3...senang saja...cuma buat kuah kan.. ^_^

Bahan-bahan untuk buat kuah:

15 tangkai cili kering
4 sudu besar gula melaka
3 sudu besar gula
3 sudu besar bijan
1/2 sudu teh garam (secukup rasa)
3 cm belacan
3 sudu besar sos tomato
2 1/2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos cili
3 ulas bawang putih
1 kiub ikan bilis
2 sudu besar tepung jagung

Bahan- bahan mentah:

Untuk digoreng:

 Fish ball
Fish Cake
Tauhu
Sosej
(sebarang tambahan mengikut kesukaan)

Untuk direbus:

Kangkung
Telur - direbus terlebih dahulu kemudian digoreng
(sebarang tambahan mengikut kesukaan)

Cara-Cara menyediakan kuah:
  1. Goreng cili kering sehingga agak kering dengan api yang kecil. Kemudian kisarkan cili kering sehingga hancur (dry blend).
  2. Panaskan air bersama gula melaka, cili kering yang dikisar dan belacan.
  3. Setelah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah beserta kiub ikan bilis.
  4. Masukkan garam, sos cili, sos tomato, sos tiram.
  5. Setelah mendidih, tutupkan api dan masukkan bijan. 


Monday 17 December 2012

Stop impressing others!


Just nak cakap...Stop impressing others!

Kadang-kadang kita terlalu inginkan perhatian sampai sanggup buat apa saja hanya untuk mendapatkan pujian. Itu sangat pathetic! Dalam kata lain..awak sangat kasihan..

Orang yang kita konon nak impress tuh tak pernah pon fikir pasal kita...even a second...kita cuma syok sendiri..semata-mata nak tarikh perhatian orang lain...sangat memenatkan...isn't so? untuk apa?? supaya orang nampak kita hebat, lain daripada orang lain?

okeh...dah...cukup dah kot ilah shout... sigh* =D

Tadi ada terdengar Ikim.fm...tetiba tersentuh dengan apa yang ustaz tu sampaikan...mungkin juga itu satu teguran daripada Allah untuk diri ini...astagfirullahalazim...ilah bukan seorang yang baik atau alim sangat....hati tak sebersih atau sesuci mana pon...selalu jah ada banyak khilaf...tapi...alhamdulilah...teguran tuh..kdang-kadang kita boleh rasa sendiri...yang sebenarnya untuk kita... sapa yang makan cili dia terasa pedas kan?

Kadang-kadang bila buka facabook..tak sempat nak scroll lagi, post yang pertama tuh pon kita dah rasa macam kena jah dengan kita kan. ..
Kadang-kadang kalau kita free kita baca Quran ayat pendek-pendek jah, baca terjemahan, kita rasa terjemahan tuh kena dengan hidup kita.. pernah rasa macam tuh?
Kadang-kadang tengok tv crite apa-apa la..crite cinta atau crite islamik ka, ada skrip-skrip yang kita rasa kena dengan kita, penah rasa?

Berbalik kepada apa yang ustaz tu kata... ilah tertarik pada ayat "Allah campakkan rasa ikhlas dan tulus..."

Banyak yang kadang-kadang kita buat sebenarnya tak ikhlas sangat pon. Tapi kita buat sebab terpaksa, rasa perlu, in other word, nak impress others..

Perasaan ikhlas tuh....susah sebenarnya kalau kita tak ada niat yang telus.

"Saya ikhlas solat Zuhur nih, demi Allah" - tapi solat nak cepat-cepat, tak menghayati pon bacaan surah seluruhnya..fikiran selalu menyeleweng...

"Saya ikhlas sedekahkan duit nih untuk anak yatim" - tapi kadang-kadang teringat balik duit tuh kalau tetiba xcukup duit pulak nak beli.

"Saya ikhlas menyayangi awak" - tapi tak sanggup beralah atau berhadapan masalah kalau berlaku sedikit pertengkaran atau salah faham. Lari dari berhadapan dengan masalah dengan cara menarik diri.

ntahlahh..nak cakap pon susah, sebabnya, IKHLAS tuh payah dipupuk oleh hati yang kotor..

p/s: insyaAllah....ilah tau ilah bukan orang baik sangat, tapi ilah nak ajak kawan-kawan, kalau kita nak lakukan sesuatu tuh, biar kita fikir dulu dalam-dalam, baru pasang niat, insyaAllah, semoga Allah campakkan rasa IKHLAS tuh dalam hati kita...wallhualam... =)


Wednesday 12 December 2012

12/12/12


Alhamdulilah...

Today is such a bless.... =)

My exam result just came out.. and I passed errmm...okeh...passed with my target...alhamdulilah!! ^_^ Even the result was not among the excellent..but I am sure I am among the best...thank you Allah... This is my first time or second time maybe..hehe...if I got 3.7 and above...for my final sem CGPA...but I pass my target which is above 3.6... second degree holder yelaa... huhh...what a 'strive hard' pointer to get close to anyway... ^_^ but then it was pay off...

When I started thinking of - Second degree holder....I started to recall my past...when finally I discovered myself to always be the second in everything especially in performances....haha..it was true indeed... >.<

What so special for being the first?? And what is the problem for being the second??
Being the first got much more attention than the second..of course...
Being the second lack with something...of course...haha

Being the first or the second does not even matter...as learning is a life long processes..

huhu...errmm...oraitt... I think I need more motivation on studies... (-_-) peace!! XOXO






Friday 7 December 2012

Nasyid


Farid Sanullah - Dont forget Allah with lyric.. :)


Perihal berkenaan jodoh


Suka ilah nak rumuskan apa yang ilah dapat daripada seorang ustaz (aiyookk...tak kenal nama pulak..hehe) dalam program Al-Hidayah petang tadi... =P



Sebenarnya ada 3 jenis jodoh yang telah ditentukan oleh Allah untuk hambanya iaitu:
  1. jodoh yang cepat maksudnya dia cepat bertemu dengan jodohnya
  2. jodoh yang lambat
  3. jodoh yang Allah tangguh di dunia maksudnya dia akan bertemu hanya di akhirat.
Namun, walau apapon jenis jodoh kita, kita perlulah redha kerana itulah yang terbaik untuk kita.. :)

Ustaz juga ada berikan cara-cara untuk kita dipercepatkan jodoh iaitu :

Luaskan pergaulan kita. Maksudnya di sini, kita perlu berkawan. Kalau kita asyik menghadap komputer saja dan tak bergaul, macam mana kita nak bertemu jodoh kan? Ada yang kata "ustaz, saya malu lah, saya tak pandai bercakap". Sangat mustahil kalau kita kata kita tak pandai bercakap sebabnya ulat pon boleh berkahwin masakan manusia..hahaha..

Minta pertolongan orang tengah. Haa, kadang-kadang kita terlalu malu atau kurang kawan, kita boleh usaha dengan meminta pertolongan orang tengah untuk mencari calon yang sesuai. Seterusnya boleh lah kita mula berkenal-kenalan. Tapi jangan malu. =P

Janganlah mencari kesempurnaan. Kesempurnaan itu hanya milik Allah. Tiada satu pun di muka bumi ini yang sempurna. Manusia hanya menuju kesempurnaan tapi masih tak dapat menjadi seorang yang sempurna. Setiap orang ada kelemahan masing-masing. Sebab itulah Allah pilih jodoh kita nih berbeza dengan kita. Ibaratnya, bila kita tengok cermin, kita angkat tangan kiri tapi dalam cermin kita nampak diri kita angkat tangan kanan (reflection gitu.. ). Sangat jarang pasangan yang sama jer. Contohnya kalau si isteri tu jenis banyak cakap, si suami pon banyak juga cakap. Selalunya kalau si isteri tu banyak cakap, mesti si suami tu jenis pendiam sedikit...haa..sebab apa?? sebab Allah tentukan untuk saling melengkapi dan masing-masing tidak sempurna.



Dalam bab mencari jodoh nih, ada satu formula dipanggil D.U.I.T :

D = Doa. Kita perlu banyak berdoa. Ada beberapa surah yang boleh kita amalkan seperti surah Al-Anbiya ayat 89 dan surah al-Furqan ayat 74. 







Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Zakaria, ketika dia merayu kepada Tuhannya dengan berkata: Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat) dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi. (Surah al-anbiya, ayat 89)
 




Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa. (Surah A; Furqan, ayat 74)

U = Usaha. Kalau kita hanya berdoa tapi tak berusaha Allah nak bagi ka?? Allah takkan ubah nasib seseorang jika dia sendiri tidak mengubah nasibnya. Macam mana nak usaha?? Usaha nih meliputi balik apa yang kita bincangkan tadi dari segi meluaskan pergaulan dengan batas tertentu atau meminta tolong orang tengah.


I = Ikhtiar. Apa beza usaha dan ikhtiar? Kita sudah berusaha untuk berkawan dengan semua orang. Tapi kita perlu iktiar untuk memilih seorang sahaja daripada semua. Ibaratnya kalau kita sakit, kita pasti akan mencari banyak ubat kan. Tetapi, kita perlu ikhtiar untuk memilih hanya satu jenis ubat saya yang terbaik supaya kita boleh bergantung kepadanya.

T = Tawakal. Kita dah berdoa, dah berusaha dan dah berikhtiar, kita perlulah tawakal kepadaNya. Kita dah buat yang sehabis mungkin dan biarlah Allah yang menentukan perjalanan hidup kita kemudian hari...redha dengan ketentuanNya..

Semoga dipermudahkan..wallahualam.. :)



 
sweet kan?? Rugilah orang yang tercicir cinta Allah kerana sibuk mengejar cinta manusia. Jodoh Allah itu rahsia dan itulah yang sebaik-baiknya..

Thursday 6 December 2012

Kenangan terindah...




Boleh jadi anda suka kepada sesuatu, tapi ia bukan yang baik untuk kamu, 
Boleh jadi anda tidak suka kepada sesuatu, tapi ia adalah baik untuk kamu.


Ayat di atas boleh berlaku dalam banyak situasi kan? contohnya:

Situasi 1: 
Kita sayang sangat pada bekas kekasih kita, dia baikk sangat dan kita sangat sayangkan dia. Tapi, dia bukanlah yang terbaik untuk kita. Mungkin untuk orang lain. Kita ditakdirkan berpisah dengan dia. Pertemuan dan perpisahan itu milik Allah. Kita bertemu sebab Allah yang temukan kita. Dan kita berpisah sebab Allah yang takdirkan kita berpisah. Mungkin kita banyak merancang, tapi perancangan Allah adalah lebih baik.Mungkin hikmahnya kita tak nampak lagi. Betul kan?

Situasi 2:
Kita suka sangat kasut tu. Bukan selalu nk boleh berkenan pada sesuatu barang. Sebab kita jenis cerewet skit.Tapi malangnya bila kita confirm nk beli, size pulak tak dak. Mesti rasa sayang sangat kan? Bukan selalu nak jumpa barang yang kita berkenan sesangat. Kadang-kadang kita dah jumpa yang ok dah sebelum tu, tapi kita pulak tak beli, sebab mungkin rasa macam rugi, atau membazir, atau mungkin kita rasa nanti jumpa yang lagi cantik kot di kedai-kedai lain. Masa tu mungkin kita mula rasa menyesal. Betul kan?

Situasi 3:
Kita suka dengan Kpop. Semua jenis genre cite Kpop, lagu Kpop kita tau. Tapi kita lupa kalau kita nih sebenarnya orang Islam. Dan Allah tidak suka kepada orang yang melampau-lampau. Bila kita solat pon tak mustahil akan terngiang-ngiang lagu Kpop di telinga kita kan? Tu tak termasuk kita terbayang muka-muka pelakon-pelakon korea yang hensem dan sexy2 kan? Macam mana kita nak khusyuk?? Betul kan?


Bila kita fikirkan balik, tak semua yang Allah akan bagi kepada kita walaupun kita minta kepadaNya. Contohnya, kalau kita minta hujan dalam satu hari yang sangat panas, tak semestinya Allah akan kabulkan doa kita kan??

Sebabnya satu saja. Allah lebih tau apa yang terbaik kepada kita. Kita nih hambaNya. Allah tau apa yang kita mampu dan apa yang kita tidak mampu. Tapi, kadang-kadang kita selalu saja nak emosional terlebih kan bila apa yang kita buat tu tak ikut perancangan kita. Kita kena faham, even kita dah rancang elok-elok, tapi Allah tak izin dan tak redha dengannya. So, kita kena akur saja. Sebaliknya redhalah dengan apa yang berlaku. Kita sedang mengikut perancangan Allah, bukan Allah sedang ikut perancangan kita...

Namun, kita mampu berdoa...itulah sebenarnya senjata orang mukmin. Berdoalah memohon kepadaNya. InsyaAllah, Allah tak akan mengubah nasib seseorang itu jika seseorang itu tidak berusaha untuk mengubah nasibnya. Doa juga merupakan satu usaha. Tapi dengan ikhlas.  Betul kan?? :)

p/s: Aku berdoa kepadaMu Ya Allah, semoga Engkau permudahkan urusan ku di dunia ini..permudahkanlah urusan ibadatku, permudahkan urusan kerjaku dan permudahkanlah urusan jodohku...aminnn ya Rabb.. :)











Sunday 2 December 2012

Ya Allah, tenangkanlah hatiku...


Ya Allah....tenangkanlah hati ini...
Aku tak pasti apakah ujian yang Engkau berikan padaku ini,
InsyaAllah, pasti ada hikmah disebalik apa yang berlaku..
Cepat atau lambat hikmah tersebut...pasti ada..
Aku percaya, daripada pengalaman-pengalaman hidup sebelum ini..
Setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya...
Cuma kita saja tidak mengetahuinya..
Sepertimana tersilap membeli sesuatu,
Disangkanya tidak berguna dan tidak diperlukan,
Tapi tanpa disangka, kita memerlukannya kelak..

Ya Allah..tenangkanlah hatiku ini,
Berikanlah aku kekuatan untuk mengharungi ujianMu ini,
Sesungguhnya aku merasakan aku tidak mampu,
Dan apa yang berlaku adalah diluar kemampuanku,
Tapi, aku yakin kalau apa yang Engkau berikan ini,
Tidak lain tidak bukan adalah untuk membawa aku ke arahMU ya Allah,
Semoga aku lebih kuat berserah dan meminta kepadaMu..
InsyaAllah...

Disebalik setiap ujian ini,
Aku pasti itulah yang Engkau kehendaki,
Mungkin aku telah tersimpang jauh dari jalan yang Engkau kehendaki,
Dan Engkau bawa aku kembali ke jalanMu,
Supaya aku lebih beringat dan berdoa kepadaMU,
Engkau rindu mendengar doa dan tawakal dari hambaMu ini,
Aku yakin itu..

Terima Kasih Ya Rabb...
UjianMu ini mungkin bermakna untuk diriku..
Limpahkanlah kasih sayangMu...
Kau kuatkanlah hatiku ini...
Berikanlah aku kegembiraan...
Padamkanlah kesedihan
Di kala aku tidak mengerti kenapa kesedihan ini melanda..
Namun, aku percaya
Engkau punya rencananya yang tersendiri..
Keran Engkau tidak pernah sanggup untuk menguji hambaMu,
Seandainya mereka tidak mampu...

Walluhalam...






RnB






Anti Gravity - Faizal Tahir with lyrics (description)


Saat graviti lepaskan ku pergi

Meninggalkan semua terbang ku tinggi
Ku mula semua baru
Bebas berlari
Waktu yang takkan menunggu
Walau jauh ku tetap tunggu
Mahu ku sapu
Mahu berseri selalu
Memikirkan diriku yang memikirkan mu selalu


Antigraviti
Aku graviti aku kamu

Saat graviti lepaskan ku pergi
Meninggalkan semua terbang ku tinggi
Ku mula semua baru


Biarkan bulan bersandarkan bahu
Bintang berlegar di kiri kanan aku
Tetap pulang ku padamu


Jangan dibimbang
Waktuku tak mati sini
Dan ku mula episod baruku
Round ku satu
Mahu kau senyum selalu
Memikirkan diriku yang memikirkan mu selalu


Antigraviti 
Aku graviti aku kamu

Saat graviti lepaskan ku pergi
Meninggalkan semua terbang ku tinggi
Ku mula semua baru
Biarkan bulan bersandarkan bahu
Bintang berlegar di kiri kanan aku
Tetap pulang ku padamu


Begitu laju
Menunggu saat bersatu
Nantikan aku
Kembali ke pangkuan mu
Dapatkah kamu menerima aku
Mahukah waktu mengubati segala pilu yang lalu

Aku pulang
Aku pulang padamu

Kembali ku
Kembali padamu

Aku pulang
Aku pulang padamu

Kembali ku
Kembali padamu

Biarkan bulan bersandarkan bahu
Bintang berlegar di kiri kanan aku
Tetap pulang ku padamu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...