Tuesday 19 February 2013

Cuak interview hilang sudah...


Assalamualaikum... hari ni dpt bnyk good news..alhamdulilah...

Interview dah lepas, balik rumah dapat BR1M, dan suka sangat blog nih dah makin dikenali..dengan page view 2070 dalam masa 3 bulan...alhamdulilah... :)

Suka ilah nak share pengalaman interview tadi...huhu...sebabnya..pasti bukan semua orang yang ada pengalaman yang sama macam ilah kan? hehe...

Tak dapat dinafikan batch PISMP ambilan Januari 2009 adalah batch yang paling lambat sekali dipostingkan. Acap kali kami dihujani dengan soalan yang sama 'bila posting?''bila interview?' 'minta posting mana' etc...

Alhamdulilah...berkat kesabaran menunggu...dan terus menunggu...dapat juga panggilan interview dalam bulan Februari pada 19/2/2013 bertempat di IPSAH pada pukul 7.30 pagi.. (whatttsss??!!)

Dapat tahu interview pada 15/2/2013..so ilah ada masa lebih kurang dalam 3 hari untuk prepare..hoho..prepare dokumen. sahkan dokumen, study, kaji balik isu semasa...blablabla...hoho...rasa ya Allah..beratnya..ditambah pula cuaknya brita dr group psl betapa strictnya interview SPP.. >.< study sampai penat otak...rasa berat...sehari sebelum interview pon masih lagi pening2 apa yang dibaca ntah...hoho...at last..tawakal aja la..tido, esok nk interview kena bangun awal... =D

Interview untuk Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) bagi ilah bukan calang-calang interview...berikutan dunia globalisasi yang penuh dengan cabaran nih..tapi.jangan risau...SPP bukanlah kejam sangat...alhamdulilah...banyak nota-nota penting yang disediakan untuk memudahkan calon ditemuduga (nota sumbangan ramai bukan SPP buat..hihi). Tapi nota saja tak cukup sebenarnya..sebabnya perlu juga usaha-usaha calon terutamanya isu-isu berkaitan dengan pengetahuan am...sebab akan ada unexpected question dari SPP walaupun anda dah prepare macam mana sekalipun..interview dijalankan dalam kumpulan seramai 6 orang untuk satu kumpulan...so..kurang la skit nervous..hihi.. dan ilah beruntung sebab group sekali dengan 4 orang kawan kelas sains satu maktab...huhu...ok lah..dah kenal dan mudah nk berkomunikasi.. =D




Pengalaman di-interview tadi...antara soalan-soalan yang ditanya ialah:
  1. Perkenalkan diri masing2
  2. Apa beza pendidik dan pengajar?
  3. Kenapa dulu kementerian pendidikan tapi kini kementerian pelajaran?
  4. Apa beza seni dan sains?
  5. Boleh kamu petik apa yang dikatakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan?
  6. Apa itu PBS?
  7. Pada pendapat kamu, semua murid perlu diberi band 6 ka?
  8. Apa pendapat kamu, kalau ada murid yang langsung tiada band? Guru tak buat penaksiran ka?
  9. Pada pendapat kamu, apa peranan panitia di sekolah? adakah diwujudkan kerana suka-suka saja?
  10. Kalaulah kelas kamu mengajar itu, murid mendapat pencapaian yang teruk, adakah soalan tu susah? Apa peranan panitia?
  11. Apa yang kamu akan lakukan kalau murid kelas kamu tak dapat menjawab soalan ujian?
  12. Berikan satu pendekatan semasa kamu mengajar.
  13. Apa yang kamu faham tentang 'hands-on'. Berikan satu ayat untuk menerangkannya.
  14. Bagaimana guru boleh meningkatkan profesionalismenya di sekolah?
  15. Berapakah kapasiti penduduk Malaysia? Berapa nisbah lelaki dan perempuan? Berikan alasan kamu kenapa?
  16. Dimanakah kamu perlu merujuk untuk mengetahui kapisiti penduduk di Malaysia?

Soalan lebih kepada bagaimana pemikiran seorang siswazah itu sendiri...yakni bakal guru..Semua soalan ni macam KBKK ja kan? huhu..tapi...once penemuduga bagi soalan..memang kena jawab on the spot... >.< tk sempt nk fikir kot! apa yang kuar dar mulut tuh...nasib lah...ada yang berasas ada yang macam jawapan budak2..hihi...itu perkara biasa..namapon... spontan.. =D 

Apapon..semua bergantung pada nasib..ada kumpulan yang dapat soalan yang jauh lebih susah..dan ada juga yang dapat soalan yang mudah...ada jugak yang hanya sembang2 kedai kopi aja.. >.< nasiblahh korang...oraitt...bawah nih.ilah nk share skit soalan2 yang akan ditanya...semoga berjaya semua dalam interview SPP!! =)

Friday 1 February 2013

Hati awak berhak untuk tersenyum.. =)


Assalamualaikum pencinta-pencinta semua...hahaha...its morning again!!

owhh..cahaya...tutup tingkap plis.... >.<
Alhamdulilah....tanpa dirancang...ilah telah dipertemukan dengan seorang hamba Allah tempoh hari... seorang pak cik dalam lingkungan 50-an datang menghampiri dan mempelawa untuk belanja segelas air milo...

" Jom, duduk sekali.. saya belanja minum," pelawa beliau.
"Eh, tak palah pak cik...saya cuma nk beli kuih saja," ilah menolak.
"Xpalah..sy nk belanja 'anak' saya nih," sambut beliau.

Saya pernah ada anak sebaya kamu...tapi, Allah lebih sayangkan dia... Al-Fatihah...

Banyak yang kami sempat berborak sebenarnya....tapi, ilah tertarik dengan beberapa nasihat yang beliau berikan...

Pertamanya, jangan mudah memberi hati kepada sebarang lelaki. Menarik kan? tak sangka ilah akan dapat nasihat seperti ini seperti nasihat seorang bapa.. Sweett sangat... =) Yupp..apa yang dikatakan itu sangat betul sebenarnya. Kita tidak boleh predict masa depan kita...its so true. Ramai pasangan yang berkahwin tidak berkekalan walaupun usia perkenalan melebihi usia perkahwinan. Berkenalan 10 tahun pun boleh berpisah jika tidak sehaluan. Ayat yang paling berkesan beliau ucapkan "jangan nak tangkap muat"... hahaha..nk tergelak pon ada bila dengar ayat tuh... Pak cik tuh kata..jangan nk tangkap muat...sebaliknya kenal betul2 dan buat pilihan yang paling baik... hmmm...noted!!

Keduanya, beliau sambung lagi..."kalau esok lusa... awak dah berkahwin..tak kisah la siapa bakal suami awak, tolong jangan buat keputusan seorang diri. Apa2 pon mesti duduk sekali dan berbincang". Waaahh...nasihat ini makin mendalam nih. Ilah memang cuba dengar dan teliti maksud beliau sebenarnya. Walaupun tak banyak yang beliau cuba kongsikan...tapi, ilah sangat yakin, setiap kata2 tersebut pasti ada maksud tersirat dan berdasarkan pengalaman... =) hmm...berbincang? insyaAllah.... dalam Islam, memang digalakkan suami dan isteri tersebut supaya bertolak ansur dan sentiasa berbincang jika mempunyai masalah. Isi-isi beliau, turut menasihati kita....daripada fahaman ilah... berterus teranglah sesama sendiri... si suami dan si isteri perlu berterus terang supaya masing-masing faham akan keadaan masing-masing. Ayat akhir beliau...'jangan kongkong kebebasan masing2...tapi, masing-masing perlu menghormati antara satu sama lain." Hmmm...noted!

Ketiganya, walau sekaya mana sekalipun bakal suami awak...jangan sesekali berhenti kerja...sebabnya kita tak tahu apa yang akan berlaku pada masa hadapan.. Bayangkan kalau Allah berikan ujian pada alam perkahwinan kamu? Mana kamu nak cari pendapatan? Mana kamu nk cari tempat bergantung? So...walau apa pon...jangan tinggalkan tempat punca rezeki kamu....tapi, sebaliknya...kamu perlu pandai membahagikan masa antara keluarga dan kerja...Hmm...noted!

Nasihat berguna kan? Ilah tak mau guna untuk diri sendiri aja..tapi, ilah nak kongsi dengan semua...insyaAllah...sama-samalah kita ambil pengajaran...*wink*

Bila ilah fikir sejenak...kenapa nasihat ni tiba2 datang pada ilah....didengar sendiri melalui telinga ilah? Mesti ada hikmahnya kan? Alhamdulilah...semua itu datangnya dari Allah..segala nasihat dan teguran itu pastinya dari Allah S.W.T...wallahualam...

p/s: ilah kagum dengan ketabahan pak cik itu...sebenarnya beliau mengenali diriku begitu juga sebaliknya... semoga sentiasa sihat dan ceria...aminnn... =)

why so serious? SMILE.....
A post with a song...sometimes bring me happiness.. LOL... check out!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...