Friday 4 April 2014

Bukan atau mungkin marah?


Assalamualaikum...here..ilah wat comeback! HAHAHA...ok..nak crite ni..penah rasa marah yang teramat sangat? penah? penah? haa..you know..ritu ilah marah sangat..dengan sorang student ilah ni..geram sangat tak tau la nk cakap..tk penah ilah jd hulk camtuh..sampai ilah koyak2 kertas yang ilah bg untuk student tuh tulis..sbnya..dia malas glerr nk tulih..tulih pon cincai halai balai gitu sb mls sangat..duk dalam kelas pon dok tarik2 muka kat cikgu..sb bebal..cikgu mn tahan? nak buat thumb up ka klu gitu? memang dak lahhh...memang naik darah la ilah..dh bg warning tulih elok2..tp buat jugak malas2...kena koyak la kertas tuh..haahh.. TULIS LAINNNN!! Memang tak bleh tahan sabar lah..rasa geram thp first class!! haha...lepas2 tuh mula rasa macam nk give up jah mengajar...hurrmm...




Then, tetiba terbaca satu majalah ni..since mak memang suka beli majalah iSIHAT edisi April 2014. ok..lets read together2.. ^_^

Panduan Legakan Rasa Marah.

1. Tarik nafas dalam-dalam

Setiap manusia mempunyai tahap kemarahan yang tersendiri, ia bergantung kepada kandungan hormon serotonim yang dikeluarkan apabila anda marah. Untuk mengawal kemarahan, anda perlu menarik nafas dalam-dalam kerana udara akan membantu untuk mengurangkan kadar hormon ini. Dan cara ini juga sudah terbukti secara klinikal.

2. Mengingatkan diri anda sendiri

Seseorang yang tidak dapat mengawal kemarahan merupakan orang yang tiada keyakinan pada diri sendiri. Ini adalah berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Steven Stosny yang merupakan pemegang PhD dalam bidang psikologi manusia. Apabila anda marah, tiada siapa yang mampu mengawalnya melainkan anda. Sudah pasti ia memberi kesan negatif yang lebih banyak berbanding positif. 

3. Fikirkan sesuatu yang boleh membuatkan anda gembira.

Sekiranya anda sedang marah dan hanya memikirkan mengenai kemarahan., sudah pasti ia akan menjadi lebih buruk. Anda sepatutnya perlu mengelakkan daripada berfikir mengenainya. Cuba anda fikirkan sesuatu yang mungkin memberikan ketenangan atau kegembiraan pada diri anda. (hurmm..he..he..he.. fikir psl FH dan MDA..or Aomike! he he he )

4. Keluar daripada situasi kemarahan

Pemikiran seseorang yang sedang berada dalam keadaan marah akan  menjadi kabur. Jangan meletakkan diri anda terus dalam situasi tersebut kerana sudah pasti anda akan membuat keputusan yang akan membebankan anda kelak. Cuba mencari jalan untuk keluar daripada situasi tersebut dengan cara yang anda berasa selesa terhadapnya seperti mendiamkan diri, keluar bersama rakan (yeaaahh..mmng sngt berkesan..sambil order makan sedap2..lepas geram..price countless..) atau sebagainya. 

Bila terbaca ni tetiba rasa nak share dgn kwn2 lain yang mungkin sedang berada dalam situasi yang sama.. selain daripada tips berikut...sebagai muslim.. jgn lupa untuk beristighfar banyak2..kerana marah itu lahir daripada syaitan...kadang2 kita boleh kawal...tapi sebagai manusia biasa..kdang2 kita tak boleh kawal... indeed..itulah 'sweet sour' dlm teaching.. :) peace yo!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...