Friday 26 July 2013

Sekolah pertamaku...


Assalamualaikum..dah lama ilah tunggu untuk update tentang selok belok sekolah pertama ilah posting...tapi tidak berkesempatan..dan ditambah pula dengan faktor2 kemalasan..hihi..alkisahnya...


coretan diari sebentar...


25 Mac 2013, dalam jam 12 lebih...terdengar deringan telefon bimbit panggilan dari nombor yang tidak dikenali...

"Assalamualaikum..."
"walaikumusalam"
"ini cik Nornabilah ka? tahniah! nabilah telah dapat interim di sekolah Pendidikan Khas Persekutuan masalah pendengaran di Tanjung Bungah"

sunyi seketika...sebelum ilah sambung berbicara...

"err..owh..yaka..ok..so,macam mana prosesnya tuh?"
"emm..boleh nabilah mai daftar hari ini?"

what? hari ini? mantop...macam mn la nk drive pegi sana..terkejut btul..

"hari ni? emm..rasanya tk boleh kot..mungkin esok atau lusa.. bleh?"
"owh..ok.boleh2..nanti mai JPN BUKit Gambir dulu daftar ya..sebelum ke sekolah, terima kasih."

-CALL ENDED-

ok..the real feeling bila terdengar sekolah pendidikan at that time..memang terasa sangat cuak... macam mana ilah nk ajar ni? budak2 pendidikan khas..mampukah? how should i deliver my lesson? how and how? to be frank..memang pada mulanya terasa sedikit down..sebab sepanjang praktikum terbiasa dengan aliran perdana dan memang mengangan-angankan kelas yang happening yet under control with full attention from the pupils...tapi, bila perlu mengajar di sekolah pendidikan khas..mungkin angan2 itu sedikit tersimpang...

tapi takpa...ilah patut pergi dan cuba dulu! chaiyok2!! and...and.. to be surprise...yet mengurangkan sedikit rasa kekok apabila ilah dapat tahu ilah sama sekolah dengan seorang schoolmate Irshad dulu... oraitt... at least dah kenal fine la.. tak dak la kekok sngt kan.. ^_^




1st impression di sekolah tuh..ialah.. FRIENDLY. Agak terharu apabila guru-guru sangat mengalukan kedatangan kami dan menyambut ketibaan kami dengan baik sambil bersalaman..

Hari pertama di perhimpunan memberikan pengalaman baharu kepada ilah apabila melihat perhimpunan pagi yang dikendalikan dalam bahasa isyarat. ok..saya tabik guru2 di sana! semua dikendalikan dalam bahasa isyarat sambil guru melakukan kod tangan dan bercakap dihadapan murid. Err..klu tak bercakap...memang tak faham la ilah nih..erkhhhh...

Kami diperkenalkan oleh Guru Besar. Murid-murid melakukan kod tangan sesama mereka apabila kami diperkenalkan yang mana ilah langsung tidak faham..hahaha..hrap mereka sedang berkata yang baik sahaja..hahaha..

Hari pertama dapat makan cucur udang yang dijamu oleh guru sekolah tersebut. Mungkin ini situasi yang menjadi kebiasaan apabila kebanyakan guru sering mengadakan jamuan di sekolah..hihi..alhamdulilah..rezeki hari pertama bekerja sebagai guru interim!! ^_^ (guru interim ja pon)

ok..sebelum ilah sambung...nak cakap skit pasal isu guru interim nih..hmm...ada la beberapa orang adik junior nih tanya... "kak ilah, interim tuh macam mana?"

ok..interim tuh..macam mn eaa? nak bagi tahu detail takut salah..tapi yang tahu betul... guru interim nih macam guru ganti la jugak...just untuk mengisi kekosongan di sekolah...masih dibayar gaji tapi bezanya gaji guru interim lain dengan guru ganti kerana mereka ada gaji tetap tak seperti guru ganti yang dibayar mengikut kehadiran. So, kiranya..gaji pon berbeza lah...guru interim banyak skit kot gaji depa  sebab ada imbuhan..huhu...mungkin sebab title GST (Guru sandaran terlatih). ok..lagi satu.. "emm..mcam mana nak dapat guru interim?".. soalan nih tiada siapa yang tahu..hahaha...yang pasti tiada siapa yang ada jawapan yang pasti bagaimana guru interim di pilih...kalau cakap pasal result..tak semestinya sebab ramai lagi pelajar 1st class dan 2nd class upper yang tidak mendapat interim dan ramai jah 2nd class lower yang dapat interim..ok..itu secara ringkas...

Menjadi guru interim selama 3 bulan lebih kurang sememangnya memberikan pengalaman baharu sebagai persediaan menjadi guru tetap...penjawat awam. Tempoh 3 bulan di sekolah pendidikan khas masalah pendengaran tersebut banyak mengajar ilah erti SABAR. Terutamanya sabar sebab kena ajar dalam bahasa isyarat...whatt? err..how? insyaAllah...ilah akan update post khas tentang bahasa isyarat di lain masa...under "the sound of deaf children"...just menyatakan pengalaman dan perasaan ilah sepanjang bersama-sama dengan mereka... =)

Pada mulanya menjadi satu beban kepada ilah apabila terpaksa belajar sesuatu yang of course new kepada ilah dan i have to! or else I won't do well in school.. alhmadulilah... belum cuba belum tahu...tak kenal tak cinta...berkat tunjuk ajar... i;m improving right now..even tak banyak..tapi sedikit2 belajar...lama2 jadi bukit juga perbendaharaan kata tuh... kalau dulu memang langsung tak tahu apa murid cuba bagitahu...tapi sekarang boleh mula memahami dan berinteraksi dengan mereka... its hard but if we want to.. semua benda jadi boleh menjadi... (^-^) determination leads to success indeed.. tapi bukan pro lagi... maybe 3 to 4 years more...insyaAllah..aminn...


berangan..angan....fly fly away....
Bercakap tentang murid2 istimewa ini? huhu..emm..murid2 sedikit sj..dan mereka datang dari latar belakang yang berbeza dan few of them tinggal jauh dari Penang..ada juga dari Perak. Kelas paling sikit murid hanya seorang sahaja iaitu Prasekolah.. dan kelas paling ramai murid ialah 6-8 orang murid...hoho.. rasa plik jugak pada mulanya dan pada masa yang sama rasa selamat sebab handle sedikit sj murid dalam satu2 kelas. Tapi perasaan itu hanya pada awal sahaja kerana beranggapan bahawa kelas pasti akan kurang bising dan mudah dikendalikan...haha..tapi sebaliknya...hanya guru yang tahu... >.<

Masalah utama yang masih belum mampu dikawal ialah sikap mereka yang kekadang malas dan suka bergerak. That should be my problem since i'm new here..mungkin itu normal..untuk betul2 mendapatkan kepercayaan mereka dan menggunakan teknik yang paling berkesan untuk mengawal mereka. Daripada pemerhatian..mereka sama saja seperti murid-murid lain tetapi cuma berbeza dari segi bahasa. Murid-murid istimewa ini perlu lebih terdedah kepada benda2 maujud dan hands-on. Penggunaan 'peneguhan' sangat berkesan di sini dan perbezaannya sangat ketara jika tidak menggunakannya. Itu kekuatan ilah di sini buat masa ni..tapi, ilah cuba untuk mengurangkan peneguhan berbentuk hadiah kerana they might get used to it. No, no..no.. bleh bankrupt cikgu..hihi..

Murid-murid istimewa ini agak lemah dari segi pembelajaran. Seperti ilah sebut tadi, latar belakang mereka berbeza dan segelintir daripada mereka turut mengalami autism dan LD (learning disabilities). Tidak semestinya berdasarkan keturunan masalah pendengaran ini tapi ada juga yang disebabkan keturunan. So, objektif pembelajaran memang betul2 perlu mengikut tahap murid dan guru tak boleh terlalu ambitious. Itu sudah semestinya...Contohnya, ilah mengajar sains tahap 1. Walaupun banyak aktiviti sains yang boleh dilaksanakan..tapi banyak juga yang ilah modified so that the pupils able to do on their own yet understand what they are doing. Kadang2 objektif tidak tercapai even yang simple...walau dah cuba...tapi, xpalah... try ulang dalam latihan.. ada yang boleh faham...ketika tuh sebagai guru..memang rasa seronok sangat..bila kita tanya dan mereka jawab dengan betul... ^_^ alhamdulilah... i'm trying my best! Chaiyok2!

Sekolah ini sebenarnya bergabung dengan sekolah menengah. Satu bangunan sekolah rendah dan dua bangunan sekolah menengah. So, kami berjiran. Kebanyakan murid tinggal di asrama. Murid sekolah rendah tidak lebih dari 50 orang kesemuanya if i'm not mistaken..dan guru lebih kurang 23 orang. Kecil saja kan sekolah nih..hak3..tapi, itulah sebab kami rapat... =)

Satu yang ilah rasa best tentang sekolah ini ialah kelengkapannya semua ada. Not to suprise even piano pon ada dalam kelas tau..ok..kantoi curi2 tekan bila murid buat latihan dalam kelas..hahaha... =P Facilities dari subjek PJ pon lengkap, more indoor games provided, bilik seni, bilik sains, more chart hanging around the school, everywhere..haha.. dalam setiap kelas mesti ada chart...ok..itu sangat menarik..bahan sangat banyak, cuma insentif guru saja untuk menggunakannya or tidak..

ok...so, bila dapat tahu posting..dan ilah kekal di sekolah ni..rasa agak bertuah sebab bleh stay di Penang dan dekat di rumah even aliranya berbeza dari angan2...tapi bila difikirkan balik... pasti ada hikmahnya..mungkin ini yang ilah termampu..mungkin..who knows.. mungkin ilah tak mampu untuk menempuh cabaran di sabah dan sarawak sana? mungkin? Murid-murid isitmewa ini turut memerlukan bimbingan dan pelajaran...siapa lagi kalau bukan ilah yang ditakdirkan mengajar mereka di sini juga...pasti ada hikmahnya...insyaAllah..even its hard sometimes to understand them and KPM themselves...tapi, this is work...and I have the accountability.


-to be continued-


go go red warriors!
little red ladybird...hihi..cute


ok...lebah menyengat! 



p/s : need more pic..coming soon..hihi





No comments:

Post a Comment

What do you wanna say??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...