Monday 15 July 2013

Diskriminasi kaum Hawa


Assalamualaikum..alhamdulilah...dan syabas semua...anda dah selesai menunaikan solat tarawih untuk hari ini..kepada yang tidak berkesempatan..insyaAllah..esok ada lagi..semoga terpilih esok..amin.. hihi.. (^_^)

ok..hari ni ter'emo' sedikit...sb apa..sebab satu hal ni..lama dah duk 'observe' tapi tak sempat nak buat laporan lagi..hak3...

ilah bagi tajuk ini lah..rasanya macam sesuai jah.. "DISKRIMINASI KAUM HAWA".. baca betul2..jangan bunyi macam krim krim okayyy.. peace!



Dak aih..bukan nak marah..tapi kecewa jah skit.. >.<  ok...ok..nk mula cite nih..

oleh kerana sekarang adalah bulan Ramadhan.. kira berkaitan jugaklah dengan tajuk post untuk hari nih..kerana daripada pemerhatian ilah surau ke surau sepanjang perjalanan hidup ini...errr..bukan tiap2 hari ya....bertahun2 la maksudnya...jgn salah faham..iman tk lengkap lagi nih..hahaha.. satu jah yang ilah paling tak puas hati bila ada surau atau masjid yang melakukan 'diksriminasi' terhadap kaum hawa..terutamanya bab TEMPAT WUDHUK!!

Masakan ada surau yang tidak menyediakan tempat wudhuk yang sempurna kepada kaum hawa..kenapa tempat wudhuk kaum Hawa sama saja macam tempat wudhuk kaum Adam? tidak sepatutnya berlaku!

Tau tak aurat kaum Hawa tidak sama dengan aurat kaum Adam? Bila bercakap padal aurat..semua boleh bezakan aurat lelaki dan perempuan..ya.. perempuan mestilah kena bertudung dan berhijab..sedangkan lelaki tidak perlu..tapi kalau bab tempat wudhuk? err..krik..krikk...

ilah kasihan pada diri sendiri terutamanya kalau terpaksa mengambil wudhuk di tempat wudhuk yang tidak sempurna apabila terpaksa terhendap-hendap kalau terbatal wudhuk lagi2 masa solat tarawih... ramai yang bertandang... (-_-') erkhhh... di manakah insan2 prihatin yang bermastautin di situ yang boleh mencadangkan supaya diletakkan tirai atau penghadang bagi menjaga aurat kaum-kaum Hawa?

sedih betul....dan sebenarnya banyak lagi surau2 lain yang pernah ilah lewati pon melakukan 'diskriminasi' terhadap kaum Hawa.. ini sememangnya 'Diskriminasi' dan kadang2 boleh membantutkan niat / memalaskan diri / untuk solat tarawih di surau-surau tersebut kerana tempat wudhuk yang tidak sempurna..jikalau tak mampu menjaga wudhuk sepanjang tarawih.. ( tapi itu surau yang terdekat...erkhhhh...)

ini Diskriminasi... dan jangan terkejut..pernah jugak ilah pegi surau yang tempat wudhuk lelaki dan perempuan pon masing2 dah confius..sampai ada yang tendang2 pintu dari arah luar..padahal tempat tuh dekat dengan tempat solat kaum Hawa..Allah...boleh plak mcam tuh yerr...adoiiii... terkejut den... (-_-')

ok...for me..this is discrimination for us ladies! >.<

p/s: tahniah kepada surau-surau yang mampu menyediakan tempat wudhuk yang sempurna untuk kaum Hawa.. thumb up!


bila nak boleh sampai sini pula? kena siap mental fizikal dulu..hihi

No comments:

Post a Comment

What do you wanna say??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...