Tuesday 19 February 2013

Cuak interview hilang sudah...


Assalamualaikum... hari ni dpt bnyk good news..alhamdulilah...

Interview dah lepas, balik rumah dapat BR1M, dan suka sangat blog nih dah makin dikenali..dengan page view 2070 dalam masa 3 bulan...alhamdulilah... :)

Suka ilah nak share pengalaman interview tadi...huhu...sebabnya..pasti bukan semua orang yang ada pengalaman yang sama macam ilah kan? hehe...

Tak dapat dinafikan batch PISMP ambilan Januari 2009 adalah batch yang paling lambat sekali dipostingkan. Acap kali kami dihujani dengan soalan yang sama 'bila posting?''bila interview?' 'minta posting mana' etc...

Alhamdulilah...berkat kesabaran menunggu...dan terus menunggu...dapat juga panggilan interview dalam bulan Februari pada 19/2/2013 bertempat di IPSAH pada pukul 7.30 pagi.. (whatttsss??!!)

Dapat tahu interview pada 15/2/2013..so ilah ada masa lebih kurang dalam 3 hari untuk prepare..hoho..prepare dokumen. sahkan dokumen, study, kaji balik isu semasa...blablabla...hoho...rasa ya Allah..beratnya..ditambah pula cuaknya brita dr group psl betapa strictnya interview SPP.. >.< study sampai penat otak...rasa berat...sehari sebelum interview pon masih lagi pening2 apa yang dibaca ntah...hoho...at last..tawakal aja la..tido, esok nk interview kena bangun awal... =D

Interview untuk Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) bagi ilah bukan calang-calang interview...berikutan dunia globalisasi yang penuh dengan cabaran nih..tapi.jangan risau...SPP bukanlah kejam sangat...alhamdulilah...banyak nota-nota penting yang disediakan untuk memudahkan calon ditemuduga (nota sumbangan ramai bukan SPP buat..hihi). Tapi nota saja tak cukup sebenarnya..sebabnya perlu juga usaha-usaha calon terutamanya isu-isu berkaitan dengan pengetahuan am...sebab akan ada unexpected question dari SPP walaupun anda dah prepare macam mana sekalipun..interview dijalankan dalam kumpulan seramai 6 orang untuk satu kumpulan...so..kurang la skit nervous..hihi.. dan ilah beruntung sebab group sekali dengan 4 orang kawan kelas sains satu maktab...huhu...ok lah..dah kenal dan mudah nk berkomunikasi.. =D




Pengalaman di-interview tadi...antara soalan-soalan yang ditanya ialah:
  1. Perkenalkan diri masing2
  2. Apa beza pendidik dan pengajar?
  3. Kenapa dulu kementerian pendidikan tapi kini kementerian pelajaran?
  4. Apa beza seni dan sains?
  5. Boleh kamu petik apa yang dikatakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan?
  6. Apa itu PBS?
  7. Pada pendapat kamu, semua murid perlu diberi band 6 ka?
  8. Apa pendapat kamu, kalau ada murid yang langsung tiada band? Guru tak buat penaksiran ka?
  9. Pada pendapat kamu, apa peranan panitia di sekolah? adakah diwujudkan kerana suka-suka saja?
  10. Kalaulah kelas kamu mengajar itu, murid mendapat pencapaian yang teruk, adakah soalan tu susah? Apa peranan panitia?
  11. Apa yang kamu akan lakukan kalau murid kelas kamu tak dapat menjawab soalan ujian?
  12. Berikan satu pendekatan semasa kamu mengajar.
  13. Apa yang kamu faham tentang 'hands-on'. Berikan satu ayat untuk menerangkannya.
  14. Bagaimana guru boleh meningkatkan profesionalismenya di sekolah?
  15. Berapakah kapasiti penduduk Malaysia? Berapa nisbah lelaki dan perempuan? Berikan alasan kamu kenapa?
  16. Dimanakah kamu perlu merujuk untuk mengetahui kapisiti penduduk di Malaysia?

Soalan lebih kepada bagaimana pemikiran seorang siswazah itu sendiri...yakni bakal guru..Semua soalan ni macam KBKK ja kan? huhu..tapi...once penemuduga bagi soalan..memang kena jawab on the spot... >.< tk sempt nk fikir kot! apa yang kuar dar mulut tuh...nasib lah...ada yang berasas ada yang macam jawapan budak2..hihi...itu perkara biasa..namapon... spontan.. =D 

Apapon..semua bergantung pada nasib..ada kumpulan yang dapat soalan yang jauh lebih susah..dan ada juga yang dapat soalan yang mudah...ada jugak yang hanya sembang2 kedai kopi aja.. >.< nasiblahh korang...oraitt...bawah nih.ilah nk share skit soalan2 yang akan ditanya...semoga berjaya semua dalam interview SPP!! =)

2 comments:

  1. tahniah dah lepas..sy 27hb ni..
    sy minta izin share soalan yg ditnya ni dlm blog sy yer... =)

    ReplyDelete

What do you wanna say??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...