perghhh...coklatnyerrr....mmng cairrr arr tengok... >.< |
Bahan-bahan:
Mentega (Butercup) 75 gram
Gula kastor 130 gram
Telur Gred A 3 biji
Tepung 100 gram
Serrbuk koko 20 gram
Serbuk penaik 1 sudu teh
Cara-cara:
- Ayak tepung bersama-sama serbuk kok dan serbuk penaik.
- Dengan menggunakan mixer, pukul mentega, dan gula sehingga kembang. (lebih kurang 5 minit)
- Masukkan telur satu persatu dan ratakan adunan sehingga sebati.
- Masukkan campuran tepung yang telah diayak ke dalam adunan sedikit demi sedikit. Putar sehingga sebati. (mixer speed slow sj...jangan laju2...dan sekejap sj okayy..)
- Sediakan dulang pembakar yang telah disapu mentega.
- Kukus selama 15 minit sahaja atau boleh juga dibakar selama 45 minit pada suhu 180C.
Bahan untuk topping coklat cair (ganache):
Dark coklat (coklat bar atau kepingan coklat ) 650 gram
UHT whipping cream (mostly jenama Achor) 500 gram
Mentega 50 gram
Cara-cara penyediaan topping:
- Cairkan mentega di atas api dalam periuk.
- Setelah cair, masukkan coklat dan kacau sehingga betul2 mencair.
- Masukkan UHT shipping cream dan kacau sehingga betul-betul sebati.
oraittt..siap untuk dijual..hehe.. |
No comments:
Post a Comment
What do you wanna say??