Jawapanya...bnyk....bnyk ilah buat time lengang2 nih...sementara tunggu posting...huhu, so..tk posting lagi dan tak interview lg...apapon tk tau lagi....hehe...
Tapi..alhamdulilah..rezeki datang apabila menjadi guru ganti di SK Bagan Jermal...bercakap tentang guru ganti, ramai juga yang wonder dan bertanya..macam mana nak apply guru ganti eaaa?
So, meh sini nak cite skit...prosedur dia senang saja:
1) Pegi ke PPD yang terdekat dengan rumah masing-masing.
2) Jumpa kaunter pertanyaan dan minta borang permohonan guru ganti.
3) Jangan cangak plak situ, lepas tuh terus balik rumah, baca elok- elok syarat2 dia..hahaha
4) Sediakan segala dokumen yang dikehendaki dan sahkan sijil- sijil yang diperlukan.
5) Sediakan resume.
6) Hantarkan semua yang berkenaan kembali ke PPD
7) Lepas tu tunggu berita samada dipanggil untuk interview atau tak.
But wait, apa beza guru ganti dengan guru sandaran tidak terlatih/GSTT?
GSTT ditempatkan di sekolah bagi mengisi kekurangan guru di sekolah dan sebagai seorang guru ganti matlamatnya tetap sama iaitu mengisi kekosongan yang ditinggalkan. Bezanya sebagai guru ganti, kami menggantikan tempat seseorang guru yang bercuti. Apa yang ilah tahu, kami juga mempunyai perbezaan dari segi gaji. GSTT dibayar gaji penuh untuk satu bulan dengan slip gaji, tetapi gaji seorang guru ganti hanya dibayar mengikut hari bekerja dan tidak mempunyai slip gaji.
Bayaran dia macam mana?
Bayaran dibuat ikut kelulusan kita contohnya SPM, STPM, Diploma, Ijazah etc. Bayaran juga dibuat ikut negeri..dan dibayar ikut hari, tapi akan diberikan setiap bulan. Kalau di Penang sini, untuk SPM sehari RM54 tapi ada disetengah tempat lain sehari RM40...kalau STPM tinggi la skit.huhu..tapi tk pasti berapa, kena check sendiri dengan PPD atau website...hehe
Berapa lama tempoh masa berkhidmat?
Tempoh masa berkihdmat berbeza bagi setiap individu..bergantung kepada guru yang kita gantikan. Kalau ganti untuk guru yang cuti bersalin, mungkin dalam tempoh 3 bulan. Tapi, kalau guru cuti bersalin tersebut dah ambil cuti dalam tempoh cuti sekolah, so, lagi singkat lah tempoh masa kita ganti dia. Sebabnya cuti sekolah dah termasuk cuti ganti tersebut.
Di mana kita akan dihantar mengajar? Bolehkan kita pilih sekolah?
Kita tak boleh pilih sekolah mana yang kita nak mengajar.Itu semua urusan PPD. Kita cuma boleh akur sahaja. Tapi, jangan risau, PPD tak de lah kejam sangat. Dia akan tanya dulu, kita sanggup dak kalau dapat sekolah itu ka ini ka. Bukan ada satu sekolah sahaja. Ada banyak..huhu...
Tapi, ada pendapat yang mengatakan, bahawa, sebenarnya kita boleh pegi terus ke sekolah mana-mana untuk bertanyakan samada sekolah tersebut nak guna guru ganti atau tidak. Kalau ya, prosedur seterusnya kita boleh berurusan dengan pihak sekolah dan PPD.
Kita boleh pilih ka subjek untuk mengajar?
Kita boleh pilih subjek dalam borang permohonan. Tapi, jangan sangka subjek yang kita pilih tuh kita akan dapat sebijik-sebijik. Macam pengalaman ilah, ilah kena ambil alih terus tugas seorang guru. So, tugas beliau bukan semata-mata mengajar saja di dalam kelas. Even ada subjek yang ilah apply dalam borang, tapi ada juga subjek yang ilah tak apply, tapi kebetulan cikgu tersebut mengajar subjek tersebut..so, mau tak mau kena ajar jugak walaupun tak mahir...>.< kalau cikgu tuh jadi guru kelas, kita pon kena la jadi guru kelas jugak...inilah cabaran....semoga dipermudahkan..aminnn....
Tapi ada juga yang dapat mengajar untuk satu subjek yang dia minta sahaja. Macam membe ilah sorang ni. Dia dapat jadi guru ganti untuk mengajar muzik sahaja mengantikan cikgu muzik di situ. So, senang lah sikit, just tengok RPH muzik saja lah...
Macam mana kita nak berhenti?
Sebagai guru ganti, kita tidak ada halangan kalau tiba-tiba kita hendak berhenti. Bila-bila masa sahaja boleh.
Ok, so, itu sedikit sebanyak apa yang boleh ilah kongsikan...kepada yang berminat, cuba dulu mohon,,insyaAllah....semoga dipermudahkan...usaha mesti ada... =) peace!!!
haaa..ni lah SK Bagan Jermal...cantik kan? hihi..even jauh...tapi redahh jerr!! |
x dela jauh sgt kot
ReplyDeletejauh gak la untuk pemandu junior mcm ilah..hak3...berpecah peluh gak nk sampai awal2 tuh..dlm 20 minit gak la...tapi,Alhamdulilah...makin hari makin biasa...alah bisa tegal biasa.. =)
ReplyDeletesalam cik..nak tanya, selalunya tempoh berapa lama ye dia akan reply untuk panggil interview,
ReplyDeleteHmm.tk pastilah..sbnya ritu sy tk kena iv pon..kps hntar..then..dlm seminggu lps bk sek tuh ppd cal dan panggil suh jd guru ganti di sek ni..tp masa g ppd amik surat tuh..dia tanya la jgak skit2..mcm knal dr jer..
DeleteTp jgn risau.peluang mmng cerah..sb bnyk jer cikgu sek cuti bersalin silih ganti..hahaha
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletesaya sekarang ni guru ganti,kalau sata nak berhenti mengejut sebab dapat krja lain boleh ke?
ReplyDeleteBleh...sbnya nanti ppd akan ganti dgn guru ganti lain sb mmng bnyk jah yg apply tuk guru ganti..bincang elok2 dgn sek..sek akan request guru baru..sb guru gnti hanya sementara sj..
DeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteSalam..tempoh msa gaji diberikan kpd guru gnti bpe hari ea?
ReplyDeletelmbt jugak sebnrnya gaji tuk guru ganti masuk...sy dulu dlm sebulan hingga 2 bln baru masuk..mmng sistem mcm tuh..
DeleteSalam. Terima kasih sebab menulis pengalaman anda menjadi guru ganti. Saya sekarang tengah berkhidmat sebagai guru ganti di sebuah sekolah menengah di Kuching, Sarawak. Tempoh asal saya mengganti guru tersebut adalah selama sebulan, tetapi sebab cuti sakit cikgu tersebut dipanjangkan, jadi tempoh saya berkhidmat juga dipanjangkan selama sembilan hari oleh sekolah tersebut. Baru2 ni saya dengar mungkin guru tu nak ambil cuti rehat khas, jadi mungkin juga tempoh perkhidmatan saya akan diperpanjangkan lagi sehingga cuti rehat guru tu habis. Sekarang ni saya risau kalau2 sekolah tu tak benarkan saya berhenti sebelum tempoh 3 bulan sebab bulan Mei nanti saya ada beberapa urusan pada hujung minggu dan kebetulan, urusan saya jatuh pada hari Sabtu gantian sekolah. Oleh kerana saya tidak tahu sama ada guru ganti boleh memohon cuti atau tidak, jadi saya rasa lebih baik kalau saya berhenti terlebih dahulu dari berlaku kesukaran di kemudian hari. Terima kasih sekali lagi kerana telah menulis pengalaman anda sebagai guru ganti. :)
ReplyDeleteNak tanya, kalau semasa tempoh kita menggantikan guru tapi jatuh cuti sekolah, gaji akan tetap dibayar atau tidak?
ReplyDeleteguru ganti apabila sekolah cuti, guru akan cuti..termasukla guru ganti..so tiada gaji..
ReplyDeletegaji akan dibayar semasa kita berkhidmat hari sekolah saja...if tetiba kita MC atau minta cuti even hr sekolah...gj tidak akan dibayar..dan tiada paksaan untuk cuti, Mc atau apa2 untuk sebarang urusan kerana kita tidak terikat..
ReplyDelete