okeh, hari nih nak kongsi resepi untuk buat Yong Tau Fu..hmm..nyum3...senang saja...cuma buat kuah kan.. ^_^
Bahan-bahan untuk buat kuah:
15 tangkai cili kering
4 sudu besar gula melaka
3 sudu besar gula
3 sudu besar bijan
1/2 sudu teh garam (secukup rasa)
3 cm belacan
3 sudu besar sos tomato
2 1/2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos cili
3 ulas bawang putih
1 kiub ikan bilis
2 sudu besar tepung jagung
Bahan- bahan mentah:
Untuk digoreng:
Fish ball
Fish Cake
Tauhu
Sosej
(sebarang tambahan mengikut kesukaan)
Untuk direbus:
Kangkung
Telur - direbus terlebih dahulu kemudian digoreng
(sebarang tambahan mengikut kesukaan)
Cara-Cara menyediakan kuah:
- Goreng cili kering sehingga agak kering dengan api yang kecil. Kemudian kisarkan cili kering sehingga hancur (dry blend).
- Panaskan air bersama gula melaka, cili kering yang dikisar dan belacan.
- Setelah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah beserta kiub ikan bilis.
- Masukkan garam, sos cili, sos tomato, sos tiram.
- Setelah mendidih, tutupkan api dan masukkan bijan.
No comments:
Post a Comment
What do you wanna say??