Assalamualaikum dan salam maghrib... masih tak terlambat ilah mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin... =)
Sepanjang beberapa bulan ilah tak update blog ni...banyak sangat benda yang berlaku dalam hidup ilah...tapi ilah nak fokuskan kepada satu hal saja...iaitu hakikat kehilangan sesuatu dan kehadiran sesuatu...
Bila bercakap tentang kehilangan..mesti semua dok terbayang kehilangan ahli keluarga seperti kematian..kan3? Tapi..betul lah jugak tu...ada kaitan dengan kematian.. marilah kita sama2 mendoakan kesejahteraan para penumbang MH370 dan MH17. Kehilangan ini mungkin tidak begitu memberi kesan yang mendalam kepada kita yang bukan ahli keluarga mereka...tetapi bayangkan kalau kita? Something to ponder..ada hikmah disebaliknya...insyaAllah..dan marilah juga kita sama2 berdoa untuk saudara seIslam kita yang ditindas di Palestine..bahkan diseluruh dunia ini...semoga Allah sentiasa bersama kita..insyaAllah..janji Allah itu pasti. Siapa yang bertakwa kepadaNYa akan beroleh ganjaran yang lumayan begitu jugalah sebaliknya.
Kehilangan disini sebenarnya bukan hanya merujuk kepada kematian sahaja...tapi boleh juga merujuk kepada kehilangan HARGA DIRI..
Bila tercakap tentang kehilangan harga diri...saban hari dah macam2 yang berlaku tau kat Malaysia ni...yang lagi memalukan anak-anak kita sendiri. Dah macam tak tau dah dalam diri tu perlu ada sikit perasaan malu.. banyak dah kes..sebab tu berani cakap. Lagi memalukan terjadi dalam kalangan budak2 Melayu Islam...video jangan kata lah..viral sana sini...lucah sana sini...dah tu bertudung lagi...iskh3...malunyerr...kaum sendiri..amaran, ni bukan post racist..tapi rasanya perlu timbul sedikit kesedaran untuk diri sendiri...tu je.. bukan nak kata diri ni mulia sangat...tapi sebagai seorang yang boleh berfikirkan rasional lagi...rasanya patutlah kalau ambil pengajaran...
Tak pasti siapa yang perlu dipersalahkan? Ibu bapa? Guru? Rakan2? atau diri kita sendiri... ibu bapa kadang2 mungkin terbatas untuk mengawal anak2 kalau mereka berada di luar rumah..guru2 rasanya dah cuba sampaikan sehabis mungkin mesej2 yang baik untuk diikuti oleh murid2..rakan2? rakan2 ada juga yang baik dan ada juga yang kurang baik..TAPIIII....dah kalau diri sendiri tak mahu, tak tahu dan tak bersedia untuk mencari yang baik, menerima yang baik dan belajar yang baik...macam mana mau hidupp dengan baikk maa? kalau tanya ilah, ilah rasa pertama, diri kita sendiri yang perlu berubah dan menjadi yang lebih baik...keduanya, ilah salahkan ibu bapa yang kurang memberi penekanan dan kasih sayang kepada anak2 untuk menjadi lebih baik. Ilah takde pon lagi pengalaman jadi ibu...takde ada anak..tak tahu cara mengajar anak yang berkesan..so nak cakap lebih..ilah tak layak..tapi sebagai seorang wanita dan bakal ibu...kot belah mana pon....dia akan berbalik kepada punca yang pertama tadi..iaitu diri sendiri...kan? So..pandai2 lah fikir caranya bagaimana... Hahahaha
Kepada semua wanita, gadis, anak dara, adik2 semua...sayangilah diri dan mahkota anda...jangan senang2 bagi free kpd kaum adam yang bukan suami...anda sangat rugi dan kasihan! Wanita Allah jadikan sebagai seorang yang mulia dan harus dihormati. Kalau wanita tu sendiri tidak menghormati diri sendiri,masakan kaum adam hendak menghormati kalian? Walaupun ramai sekarang ni golongan 'transgender'...biar cantik dan mantap sekali pon tetap tak boleh lawan wanita yang Allah jadikan. Wanita tulen sangat special walaupun tak cantik dan tak semantap 'transgender' ..Nauzubillah....jauh di sudut hati...ilah sangat risaukan nasib anak-anak yang bakal ilah kandung...semoga dijauhi daripada segala bentuk maksiat dan penghinaan...sebaliknya dihormati dan disenangi oleh masyarakat...paling utama diredhai Allah...anak2 umi mesti jadi khalifah unggul okayy! ;)
Okayy..dah cukup cakap psl kehilangan....tapi tadi ilah macam ada mention kehadiran sesuatu kan? hihi...biarlah rahsia buat masa ni...kehadiran yang tak diduga..Alhamdulilah...syukur.. terima kasih Ya Allah..Kau telah perkenankan doa hambaMu yang banyak berdosa ini... :)
p/s: apalaa merepek maghrib2 ni...