Tuesday, 5 August 2014

Hakikat kehilangan..


Assalamualaikum dan salam maghrib... masih tak terlambat ilah mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin...  =)



Sepanjang beberapa bulan ilah tak update blog ni...banyak sangat benda yang berlaku dalam hidup ilah...tapi ilah nak fokuskan kepada satu hal saja...iaitu hakikat kehilangan sesuatu dan kehadiran sesuatu...
Bila bercakap tentang kehilangan..mesti semua dok terbayang kehilangan ahli keluarga seperti kematian..kan3? Tapi..betul lah jugak tu...ada kaitan dengan kematian.. marilah kita sama2 mendoakan kesejahteraan para penumbang MH370 dan MH17. Kehilangan ini mungkin tidak begitu memberi kesan yang mendalam kepada kita yang bukan ahli keluarga mereka...tetapi bayangkan kalau kita? Something to ponder..ada hikmah disebaliknya...insyaAllah..dan marilah juga kita sama2 berdoa untuk saudara seIslam kita yang ditindas di Palestine..bahkan diseluruh dunia ini...semoga Allah sentiasa bersama kita..insyaAllah..janji Allah itu pasti. Siapa yang bertakwa kepadaNYa akan beroleh ganjaran yang lumayan begitu jugalah sebaliknya.

Kehilangan disini sebenarnya bukan hanya merujuk kepada kematian sahaja...tapi boleh juga merujuk kepada kehilangan HARGA DIRI..

Bila tercakap tentang kehilangan harga diri...saban hari dah macam2 yang berlaku tau kat Malaysia ni...yang lagi memalukan anak-anak kita sendiri. Dah macam tak tau dah dalam diri tu perlu ada sikit perasaan malu.. banyak dah kes..sebab tu berani cakap. Lagi memalukan terjadi dalam kalangan budak2 Melayu Islam...video jangan kata lah..viral sana sini...lucah sana sini...dah tu bertudung lagi...iskh3...malunyerr...kaum sendiri..amaran, ni bukan post racist..tapi rasanya perlu timbul sedikit kesedaran untuk diri sendiri...tu je.. bukan nak kata diri ni mulia sangat...tapi sebagai seorang yang boleh berfikirkan rasional lagi...rasanya patutlah kalau ambil pengajaran...

Tak pasti siapa yang perlu dipersalahkan? Ibu bapa? Guru? Rakan2? atau diri kita sendiri... ibu bapa kadang2 mungkin terbatas untuk mengawal anak2 kalau mereka berada di luar rumah..guru2 rasanya dah cuba sampaikan sehabis mungkin mesej2 yang baik untuk diikuti oleh murid2..rakan2? rakan2 ada juga yang baik dan ada juga yang kurang baik..TAPIIII....dah kalau diri sendiri tak mahu, tak tahu dan tak bersedia untuk mencari yang baik, menerima yang baik dan belajar yang baik...macam mana mau hidupp dengan baikk maa? kalau tanya ilah, ilah rasa pertama,  diri kita sendiri yang perlu berubah dan menjadi yang lebih baik...keduanya, ilah salahkan ibu bapa yang kurang memberi penekanan dan kasih sayang kepada anak2 untuk menjadi lebih baik. Ilah takde pon lagi pengalaman jadi ibu...takde ada anak..tak tahu cara mengajar anak yang berkesan..so nak cakap lebih..ilah tak layak..tapi sebagai seorang wanita dan bakal ibu...kot belah mana pon....dia akan berbalik kepada punca yang pertama tadi..iaitu diri sendiri...kan? So..pandai2 lah fikir caranya bagaimana... Hahahaha

Kepada semua wanita, gadis, anak dara, adik2 semua...sayangilah diri dan mahkota anda...jangan senang2 bagi free kpd kaum adam yang bukan suami...anda sangat rugi dan kasihan! Wanita Allah jadikan sebagai seorang yang mulia dan harus dihormati. Kalau wanita tu sendiri tidak menghormati diri sendiri,masakan kaum adam hendak menghormati kalian? Walaupun ramai sekarang ni golongan 'transgender'...biar cantik dan mantap sekali pon tetap tak boleh lawan wanita yang Allah jadikan. Wanita tulen sangat special walaupun tak cantik dan tak semantap 'transgender' ..Nauzubillah....jauh di sudut hati...ilah sangat risaukan nasib anak-anak yang bakal ilah kandung...semoga dijauhi daripada segala bentuk maksiat dan penghinaan...sebaliknya dihormati dan disenangi oleh masyarakat...paling utama diredhai Allah...anak2 umi mesti jadi khalifah unggul okayy! ;)

Okayy..dah cukup cakap psl kehilangan....tapi tadi ilah macam ada mention kehadiran sesuatu kan? hihi...biarlah rahsia buat masa ni...kehadiran yang tak diduga..Alhamdulilah...syukur.. terima kasih Ya Allah..Kau telah perkenankan doa hambaMu yang banyak berdosa ini... :)

p/s: apalaa merepek maghrib2 ni...


Friday, 4 April 2014

Bukan atau mungkin marah?


Assalamualaikum...here..ilah wat comeback! HAHAHA...ok..nak crite ni..penah rasa marah yang teramat sangat? penah? penah? haa..you know..ritu ilah marah sangat..dengan sorang student ilah ni..geram sangat tak tau la nk cakap..tk penah ilah jd hulk camtuh..sampai ilah koyak2 kertas yang ilah bg untuk student tuh tulis..sbnya..dia malas glerr nk tulih..tulih pon cincai halai balai gitu sb mls sangat..duk dalam kelas pon dok tarik2 muka kat cikgu..sb bebal..cikgu mn tahan? nak buat thumb up ka klu gitu? memang dak lahhh...memang naik darah la ilah..dh bg warning tulih elok2..tp buat jugak malas2...kena koyak la kertas tuh..haahh.. TULIS LAINNNN!! Memang tak bleh tahan sabar lah..rasa geram thp first class!! haha...lepas2 tuh mula rasa macam nk give up jah mengajar...hurrmm...




Then, tetiba terbaca satu majalah ni..since mak memang suka beli majalah iSIHAT edisi April 2014. ok..lets read together2.. ^_^

Panduan Legakan Rasa Marah.

1. Tarik nafas dalam-dalam

Setiap manusia mempunyai tahap kemarahan yang tersendiri, ia bergantung kepada kandungan hormon serotonim yang dikeluarkan apabila anda marah. Untuk mengawal kemarahan, anda perlu menarik nafas dalam-dalam kerana udara akan membantu untuk mengurangkan kadar hormon ini. Dan cara ini juga sudah terbukti secara klinikal.

2. Mengingatkan diri anda sendiri

Seseorang yang tidak dapat mengawal kemarahan merupakan orang yang tiada keyakinan pada diri sendiri. Ini adalah berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Steven Stosny yang merupakan pemegang PhD dalam bidang psikologi manusia. Apabila anda marah, tiada siapa yang mampu mengawalnya melainkan anda. Sudah pasti ia memberi kesan negatif yang lebih banyak berbanding positif. 

3. Fikirkan sesuatu yang boleh membuatkan anda gembira.

Sekiranya anda sedang marah dan hanya memikirkan mengenai kemarahan., sudah pasti ia akan menjadi lebih buruk. Anda sepatutnya perlu mengelakkan daripada berfikir mengenainya. Cuba anda fikirkan sesuatu yang mungkin memberikan ketenangan atau kegembiraan pada diri anda. (hurmm..he..he..he.. fikir psl FH dan MDA..or Aomike! he he he )

4. Keluar daripada situasi kemarahan

Pemikiran seseorang yang sedang berada dalam keadaan marah akan  menjadi kabur. Jangan meletakkan diri anda terus dalam situasi tersebut kerana sudah pasti anda akan membuat keputusan yang akan membebankan anda kelak. Cuba mencari jalan untuk keluar daripada situasi tersebut dengan cara yang anda berasa selesa terhadapnya seperti mendiamkan diri, keluar bersama rakan (yeaaahh..mmng sngt berkesan..sambil order makan sedap2..lepas geram..price countless..) atau sebagainya. 

Bila terbaca ni tetiba rasa nak share dgn kwn2 lain yang mungkin sedang berada dalam situasi yang sama.. selain daripada tips berikut...sebagai muslim.. jgn lupa untuk beristighfar banyak2..kerana marah itu lahir daripada syaitan...kadang2 kita boleh kawal...tapi sebagai manusia biasa..kdang2 kita tak boleh kawal... indeed..itulah 'sweet sour' dlm teaching.. :) peace yo!


Saturday, 1 March 2014

Birthday


Assalamualaikum..its been a while...yeayy...dh berhabuk dh.. (sambil pegang penyawang) >.<

28/02/2014.. here you go again..yeaayyyy!! My birthday! yeaayyy (ok..syok sendiri) HAHA

Alhamdulilah..masih diberi peluang untuk hidup..insyaAllah..masih ada masa lagi untuk cuci hati yang kotor ni..semakin kotor..astagfirullahalazim...kadang2 teringat hati kotor...kadang2 tk sedar..sebab rasa masih ada masa lagi..

"Ya Allah...sentiasalah hidupkan aku dalam keadaan yang beriman kepadaMU..dan matikanlah aku juga dalam keadaan yang beriman kepadaMU"

amiinn.

So..sempena birthday ilah..nak ucap terima kasih banyak2 kat mak...dan terima kasih juga pada Allah sebab selamatkan ilah time mak nk bersalin dulu..klu ilah lambat skit kuar..tk tau la jd camna..hmm..mungkin xdelah dlm blog ni kan..haha..sb ilah anak sulung..mak kata mmng susah skit nk lahirkan...lmbt deliver dr estimate time...sampai mak pon dh mula2 risau takut lemas...alhmadulilah...selepas beberapa jam..ilah berjaya jugak beranikan diri keluar..haha..even time tuh najis dh balut diri smpai tahap leher dh...haishhh..mak cite dengar mmng seram dan menakutkan..klu terlewat skit jah...mesti ilah akan termakan najis..dan menyebabkan implikasi pada otak..nauzubillah...tp..Allah tu Maha Penyayang..Dia selamatkan ilah on time! MY HERO! then...lahirlah puteri ini ke dunia dengan cerianya... ^_^ hihi.. 

so..klu ilah nakal skit jer..mak mesti akan ungkit cite ni..haha..tetiba tk jd nk nakal..haha... 

Tq Amy untuk kek 2013 dan tq warga SKPK Persekutuan untuk kek 2014

Wednesday, 5 February 2014

Their smile


I love to see my pupil's smile....why? cause they are telling me that I am always right and always put on some trust on me.. :)

Even this school is different from what I had imagine...but I just have to let go the fear right?

THE FEAR OF FAILURE TO ACHIEVE THE LEARNING OUTCOMES, even so...but just keep believing cause sometimes, they can reach your aims even more..

 that precious time...come once a while...of course..BUT,

I keep learning to move on my old expectations...
Keep learning to not under estimate their potentials and ability...
Keep learning to love their habits
Cause they are someone special in this world..

( NNM, 5/2/14) :)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...